Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu hari ini
Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 21 Nov : Tiada kes baharu dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi. Tambah laporan itu lagi sebanyak tujuh kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan baki kes yang masih dirawat ialah sebanyak 36 kes dengan satu daripadanya adalah kes...
YB Siti Zailah santuni mangsa banjir
Oleh : Ummu Husna JASIN, 21 Nov: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff telah mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel, di sini petang tadi. Sebanyak 29 keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir dan kebanyakannya daripada Kampung Tanjong Labuh, Kampung Tehel dan Parit Lampong. Dalam lawatan itu Siti Zailah telah meninjau...
Ketua Menteri Melaka seru rakyat bantu Sekolah Tahfiz
Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, Nov 21: Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyeru umat Islam khususnya di Negeri Melaka untuk membantu mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz terutama yang terletak di dalam Negeri Melaka. Beliau berkata demikian dalam satu lawatan yang dibuat ke atas Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar, di Kampung Solok Jauh, Pengkalan Balak. Ketua...
PAS Kawasan Jasin santuni mangsa banjir
Oleh : Abu Fadhil JASIN, 21 Nov : Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek bersama dengan AJK PAS Kawasan Jasin turun padang pagi ini menziarahi mereka yang terkesan dengan banjir yang berlaku di sekitar Serkam, di sini kelmarin. Beberapa kawasan seperti Kampung Pulai, dan Kampung Tedong telah ditenggelami air sejak malam kelmarin ekoran daripada hujan lebat yang berterusan. Bagaimanapun...
Hari ini dalam sejarah : Penyata pelajaran 1952 diluluskan
21 NOVEMBER 1952 PADA hari ini dalam tahun 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Tiga matlamat utama Penyata Pelajaran 1952 ialah yang pertama, untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik kepada setiap individu. Kedua, untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Manakala matlamat yang...
JPRD PAS Durian Tunggal santuni mangsa banjir
Oleh : Al-Ansari ALOR GAJAH, 21 Nov : Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin bersama dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPRD) PAS Durian Tunggal, Azman Ahmat turun padang pagi semalam menziarahi mereka yang terkesan dengan banjir yang berlaku di sekitar Durian Tunggal, di sini kelmarin. Beberapa kawasan seperti Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya dan Kampung Keladi ditenggelami...
Pemuda Padang Besar Anjur Program ‘Trash to Cash’
PADANG BESAR : Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar telah mengadakan Program ‘Trash to Cash’ baru-baru ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat di samping memelihara alam sekitar.
PAS Perlis Rakam Tahniah Kepada HTF
ARAU : PAS Negeri Perlis hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini yang telah menerima pengiktirafan sebagai 10 agensi terbaik kerajaan di Malaysia.
Perikatan Nasional Melaka adakan pertemuan
Oleh : Anas Abdullah HANG TUAH JAYA, 21 Nov : PAS dan BERSATU Negeri Melaka telah mengadakan satu pertemuan muhibbah atas nama Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di MITC Hotel, Ayer Keroh, di sini, malam semalam. Pertemuan yang bermula pada jam 9.00 malam itu dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan BERSATU Melaka, YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen sementara PAS Melaka diketuai Pesuruhjaya PAS...
Hari ini dalam sejarah : Pelancaran Bank Pertanian
21 NOVEMBER 1969 PADA hari ini dalam tahun 1969, Bank Pertanian yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1969, dilancarkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur. Di antara tujuan utama penubuhan bank ini adalah untuk menyelaras dan menyelia bantuan kredit dan kumpulan wang awam bagi maksud pertanian, mengadakan kemudahan-kemudahan pinjaman, pendahuluan, kredit untuk kemajuan...