Home Artikel PAS Melaka

JPRD PAS Durian Tunggal santuni mangsa banjir

255
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 21 Nov : Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin bersama dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPRD) PAS Durian Tunggal, Azman Ahmat turun padang pagi semalam menziarahi mereka yang terkesan dengan banjir yang berlaku di sekitar Durian Tunggal, di sini kelmarin.

Beberapa kawasan seperti Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya dan Kampung Keladi ditenggelami air sejak malam kelmarin ekoran daripada hujan yang lebat berterusan.

Bagaimanapun banjir mulai surut sejak pagi semalam dan para penduduk mulai pulang ke rumah masing-masing selepas ditempatkan sementara di balai raya berdekatan.

Semasa ziarah, Ustaz Syahbudin mewakili JPRD PAS Durian Tunggal telah menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras dan wang tunai kepada mereka yang terjejas.

Rata-rata penerima sumbangan yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPRD PAS Durian Tunggal atas keperihatinan dan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban.

Turut hadir bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor dan wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Alor Gajah, Haji Mohsin Ibrahim dan beberapa pimpinan PAS tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)