Home Artikel PAS Melaka

Perikatan Nasional Melaka adakan pertemuan

560
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 21 Nov : PAS dan BERSATU Negeri Melaka telah mengadakan satu pertemuan muhibbah atas nama Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di MITC Hotel, Ayer Keroh, di sini, malam semalam.

Pertemuan yang bermula pada jam 9.00 malam itu dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan BERSATU Melaka, YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen sementara PAS Melaka diketuai Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Menurut Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal, dalam pertemuan malam tadi, perbincangan lebih kepada untuk saling kenal mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara PAS Melaka dan BERSATU Melaka.

Beliau yang turut hadir di dalam pertemuan itu berkata, pertemuan malam tadi juga bukanlah perbincangan untuk pengagihan kerusi.

“Dalam pertemuan ini semua bersetuju untuk bekerjasama dalam apa jua program dengan menggunakan nama PERIKATAN NASIONAL,” ujar beliau ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)