Home Artikel PAS Melaka

Ketua Menteri Melaka seru rakyat bantu Sekolah Tahfiz

283
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, Nov 21: Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyeru umat Islam khususnya di Negeri Melaka untuk membantu mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz terutama yang terletak di dalam Negeri Melaka.

Beliau berkata demikian dalam satu lawatan yang dibuat ke atas Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar, di Kampung Solok Jauh, Pengkalan Balak.

Ketua Menteri Melaka dalam kenyataannya itu turut berjanji akan membantu pusat pengajian ini sehabis daya yang mungkin.

“Saya juga menyeru agar kita dapat sekurang-kurangnya menghantar seorang anak ke sekolah tahfiz sebagai saham kita di akhirat nanti.

“Kitalah yang akan mengangkat martabat syiar Islam untuk 20 tahun akan datang. Kalau bukan kita, siapa lagi?” ujar beliau.

Sebelum itu Ketua Menteri Melaka itu telah disambut oleh Mudir, Ustaz Muhammad Rajab Akmal Rajab Akmal Abdul Halim dan ayahanda beliau yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin.

Beliau telah dibawa melawat asrama pelajar yang sedang dalam pembinaan dan persekitaran kawasan pengajian tahfiz itu sambil diiringi oleh mudir dan pelajar-pelajar-pelajar tahfiz itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)