Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pelancaran Bank Pertanian

188
SHARE

21 NOVEMBER 1969

PADA hari ini dalam tahun 1969, Bank Pertanian yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1969, dilancarkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur.

Di antara tujuan utama penubuhan bank ini adalah untuk menyelaras dan menyelia bantuan kredit dan kumpulan wang awam bagi maksud pertanian, mengadakan
kemudahan-kemudahan pinjaman, pendahuluan, kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran dan menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.

Bank Pertanian menumpukan kegiatan di kawasan yang kurang maju dan melaksanakan skim pinjaman kemudahan kredit. Skim ini buat pertama kali, diperkenalkan di kawasan Rancangan Perairan Muda di Kedah.

Dengan pelancaran Bank Pertanian ini, dapat membantu para petani mendapatkan dana bagi melaksanakan projek-projek pertanian dengan lebih meluas dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)