Home Artikel PAS Perlis

Pemuda Padang Besar Anjur Program ‘Trash to Cash’

216
SHARE

Oleh: Haziq Dun

PADANG BESAR : Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar telah mengadakan Program ‘Trash to Cash’ baru-baru ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat di samping memelihara alam sekitar.

Program yang diadakan dengan kerjasama SWCorp, sebuah syarikat yang menguruskan sisa pepejal di Negeri Perlis itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Besar Ustaz Muhammad Azmir berkata, program ‘Trash to Cash’ akan diadakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula serta kesannya terhadap alam sekitar.

“Islam sangat mementingkan soal penjagaan alam sekitar dan Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir sekalian alam termasuk haiwan, tumbuhan dan alam sekitar dengan cara yang paling baik,” katanya ketika ditemui di sini.

Kesemua barangan kitar semula yang disumbangkan telah dikumpulkan di Kompleks Tarbiyah PAS Padang Besar (KOMTAR) dekat sini sebelum diserahkan kepada SWCorp.