Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu hari ini

182
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 21 Nov : Tiada kes baharu dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi sebanyak tujuh kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan baki kes yang masih dirawat ialah sebanyak 36 kes dengan satu daripadanya adalah kes ICU.

Laporan itu juga menunjukkan tiada lagi kes aktif dilaporkan di Mukim Klemak menjadikan kini tinggal 12 mukim berada di zon kuning iaitu Mukim Durian Tunggal (2), Ayer Molek (5), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (21), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (2), Cheng (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (1), Merlimau (10) dan Rim (3).

Sebanyak 1039 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 402 kes diikuti Sabah dengan 346 kes.

Enam negeri atau wilayah tidak merekodkan kes baharu hari ini iaitu Putrajaya, Melaka, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perlis.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)