Home Artikel PAS Melaka

YB Siti Zailah santuni mangsa banjir

299
SHARE

Oleh : Ummu Husna

JASIN, 21 Nov: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff telah mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel, di sini petang tadi.

Sebanyak 29 keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir dan kebanyakannya daripada Kampung Tanjong Labuh, Kampung Tehel dan Parit Lampong.

Dalam lawatan itu Siti Zailah telah meninjau sendiri khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir dan menyampaikan bantuan berupa keperluan asas kepada mereka.

“Saya harap agar kita semua dapat menjaga kesihatan dan bersabar ketika berdepan dengan suasana banjir dan pandemik Covid-19 yang menimpa negara.

“Gabungan yang mantap antara agensi kerajaan Persekutuan, Negeri dan sukarelawan NGO juga sangat penting dalam menangani masalah ini,” ujar beliau.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Wira Latipah Omar, Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Melaka, Puhat Bedol dan beberapa lagi pimpinan masyarakat tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)