🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

‘Malam Munajat Terengganu’, Sambutan Tahun Baharu Berteraskan Rohani

KUALA TERENGGANU — Sambutan Tahun Baharu ‘Malam Munajat Terengganu’ adalah satu contoh keraian berteraskan kerohanian melalui pendekatan pendidikan, usaha penting membentuk akhlak masyarakat.

Ketua Penerangan PAS Besut, Nik Mazli Mat Yusof berkata, inisiatif Kerajaan PAS Terengganu itu dapat menyelamatkan generasi muda daripada pengaruh budaya hedonisme yang semakin membimbangkan.

Katanya, Tindakan kerajaan itu mencerminkan keberanian dan kebijaksanaan kepimpinan negeri dalam mengimbangi pengisian rohani yang mendidik jiwa.

“Sambutan dengan bermunajat, doa, zikir dan tazkirah bukan sahaja selari dengan identiti Terengganu sebagai negeri berteraskan Islam, malah memberi ruang kepada masyarakat untuk bermuhasabah serta memulakan tahun baharu dengan niat yang lebih bermakna.

“Pendekatan sebegini boleh dianggap sebagai usaha mengembalikan sambutan tahun baharu kepada nilai penghayatan hidup, bukan sekadar perayaan yang bersifat luaran,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Nik Mazli turut menegaskan bahawa penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda membuktikan sambutan bersifat spiritual mampu menarik minat tanpa perlu elemen maksiat.

Beliau membandingkan sambutan di sesetengah negeri lain, khususnya di bandar besar, sarat dengan aktiviti maksiat, berpotensi meruntuhkan akhlak generasi muda dan memberi kesan buruk kepada masa depan negara.

“Ada juga negeri lain yang ambil pendekatan sama contoh seperti kedah dan Kelantan..

“Tidak seperti kita lihat sambutan di Kuala Lumpur penuh dengan mungkar, berjoget dan minum, ini meruntuhkan akhlak anak muda yang akan menjadi bala di masa hadapan,” tegasnya.

Justeru itu, beliau berharap pendekatan yang dilaksanakan di Terengganu, dan negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, dapat dicontohi oleh seluruh negeri di Malaysia demi membentuk masyarakat yang seimbang dari sudut pembangunan fizikal serta spiritual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️