BeritaWP Kuala Lumpur

DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16

Oleh : Abdul Fateh

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Dr. A. Subash Chandrabose, menegaskan bahawa seluruh jentera DHPP Wilayah Persekutuan bersedia untuk turun padang bagi membantu memastikan kemenangan calon-calon PAS yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, DHPP akan menggembeling seluruh tenaga dan memperkukuhkan gerak kerja di peringkat akar umbi bagi menyampaikan mesej serta perjuangan PAS kepada masyarakat majmuk, selaras dengan usaha memperluaskan sokongan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Beliau berkata, penglibatan aktif DHPP menjadi bukti komitmen sayap bukan Islam PAS dalam memperkukuhkan hubungan antara kaum serta menerangkan dasar dan pendekatan parti secara lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Dr. Subash turut menyatakan keyakinannya bahawa PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mencatat kemenangan pada PRU16 sekiranya seluruh jentera parti terus bersatu, bekerja secara tersusun dan konsisten mendekati rakyat.

“DHPP Wilayah Persekutuan akan memainkan peranan sebaik mungkin dalam memastikan mesej perjuangan PAS dapat difahami oleh masyarakat majmuk. Kami yakin dengan kesungguhan seluruh jentera, PAS mampu memperoleh kejayaan yang lebih baik pada PRU16,” katanya.

Beliau turut menyeru semua anggota DHPP agar terus memperkukuhkan kerjasama dengan seluruh jentera parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan semangat kebersamaan, disiplin dan komitmen tinggi.

#PASWilayahPersekutuan #DHPP #PRU16 #MalaysiaSejahtera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️