WP Kuala LumpurBeritaWilayah Persekutuan

PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS

Oleh : Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 25 Jun– PAS Kawasan Wangsa Maju terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi apabila melantik Encik Poovan Ikigaai sebagai Ketua Urusan Pendukung PAS Kawasan Wangsa Maju dalam satu majlis penyerahan watikah lantikan yang berlangsung baru-baru ini.

Watikah lantikan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, sebagai tanda kepercayaan dan pengiktirafan terhadap komitmen serta kesediaan beliau untuk memimpin usaha mendekati masyarakat bukan Islam di kawasan tersebut.

Menurut Ustaz Abdul Rani, pelantikan ini merupakan sebahagian daripada usaha PAS Wangsa Maju untuk memperluaskan jaringan sokongan rakyat pelbagai kaum serta memperkukuhkan peranan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Wangsa Maju.

“PAS Wangsa Maju berharap lebih ramai masyarakat bukan Islam akan tampil menyertai DHPP bagi bersama-sama memahami perjuangan serta menyumbang kepada agenda kebajikan dan pembangunan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penyertaan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam memperkukuhkan kekuatan PAS dan Perikatan Nasional, khususnya dalam menghadapi cabaran politik semasa serta persiapan menuju pilihan raya akan datang.

Dengan pelantikan ini, PAS Wangsa Maju yakin DHPP akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendekati masyarakat pelbagai kaum, memperkukuhkan hubungan harmoni serta menyampaikan mesej perjuangan yang berteraskan keadilan, integriti dan kebajikan untuk semua.

“Bersama memperkukuh perpaduan, mendekati rakyat dan melangkah menuju kemenangan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️