BeritaWP Kuala Lumpur

DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM

Oleh : Abdul Fateh 

TEBRAU, 27 Jun – Seramai 10 anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan (JAMN WIL) telah melaksanakan tugasan keselamatan dan kawalan sempena proses penamaan calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di N.40 Tiram, hari ini.

Pasukan Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran, keselamatan serta ketenteraman sepanjang berlangsungnya proses penamaan calon, selaras dengan komitmen mereka sebagai pasukan sukarelawan yang sentiasa bersedia berkhidmat demi perjuangan dan masyarakat.

Saf Kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan yang sanggup berkorban masa, tenaga dan komitmen bagi menjayakan tugasan di medan pilihan raya.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Izzamudin, berkata pengorbanan anggota Jabatan Amal membuktikan semangat disiplin, kesatuan dan kesediaan mereka untuk berkhidmat dalam apa jua keadaan.

“Jabatan Amal Malaysia merupakan tulang belakang kepada kelancaran pelbagai program perjuangan. Kesungguhan anggota yang turun bertugas di PRN Johor mencerminkan nilai pengorbanan, profesionalisme dan semangat khidmat yang tinggi. Semoga segala jasa dan pengorbanan mereka dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.”

Semoga segala urusan dipermudahkan, seluruh petugas terus diberikan kekuatan, dan Perikatan Nasional dikurniakan kemenangan serta kejayaan dalam PRN Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️