🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
WP Kuala Lumpur

JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh anggota jentera yang telah turun padang membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Kehadiran jentera dari Wilayah Persekutuan membuktikan semangat ukhuwah, kesatuan saf serta iltizam tinggi dalam memastikan kemenangan calon-calon PAS/Perikatan Nasional.

Saya menyeru seluruh petugas agar terus memperhebat usaha melalui ziarah rumah ke rumah, kempen penerangan, operasi Pusat Daerah Mengundi (PDM), media sosial serta pelbagai pendekatan yang berhemah bagi menyampaikan mesej dan tawaran Perikatan Nasional kepada rakyat. Setiap anggota jentera hendaklah terus menjaga disiplin, akhlak dan adab sepanjang menjalankan amanah, di samping mengutamakan pendekatan yang matang, berfakta dan menyatukan masyarakat.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru seluruh anak Johor yang berada di luar negeri, khususnya di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan negeri-negeri lain, agar pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian. Setiap undi amat berharga dalam menentukan masa depan Johor.

Jangan biarkan hak anda diwakili oleh orang lain. Luangkan masa untuk pulang mengundi bersama keluarga dan sahabat handai. Jadikan kepulangan anda sebagai satu pengorbanan demi masa depan negeri yang lebih baik serta memperkukuhkan suara rakyat.

PAS Wilayah Persekutuan turut menyeru seluruh rakyat Johor agar memberikan sokongan padu kepada kesemua 11 calon PAS yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional. Kemenangan mereka akan memperkukuhkan agenda membela kebajikan rakyat, memperkasakan tadbir urus yang berintegriti serta membawa suara rakyat dengan lebih berkesan di Dewan Undangan Negeri Johor.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan kejayaan. Marilah kita terus istiqamah, memperkukuh saf perjuangan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga tamatnya proses pilihan raya.

“Pulang Mengundi, Tunaikan Amanah. Menangkan 11 Calon PAS/Perikatan Nasional Demi Johor Sejahtera.”

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️