NegeriTerengganu

Berhimpun Untuk Bantah ‘Kegilaan’ GST!

KUALA TERENGGANU – PAS menyeru semua rakyat Terengganu, khususnya warga Kuala Terengganu dan sekitarnya agar turun beramai-ramai esok, Jumaat 17 April bagi menolak GST.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata rakyat Malaysia harus menyatakan bantahan cukai yang telah membawa kesan buruk , sejak dilaksanakan pada 1 April lalu.

“Saya menyeru kepada semua untuk turun pada hari Jumaat ini 17 April jam 5 petang di Pantai Awam Batu Burok, bagi menyatakan bantahan terhadap kegilaan cukai ini,

“yang telah memberikan kesan buruk yang besar kepada rakyat walaupun hanya pada permulaan pengenalannya,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi peringatan, sekiranya dibiarkan cukai tersebut terus dilaksanakan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih banyak kepada orang ramai.

“Bayangkan jika ianya berterusan, maka rakyat akan terus terhimpit (bukan sahaj) dengan masalah kewangan,

“seterusnya membawa kepada masalah-masalah lain seperti sosial, jurang kemiskinan yang melebar, jenayah dan lain-lain lagi gejala negatif di dalam negara kita ini,”jelas beliau.

Menurut ADUN Bukit Payong itu, cukuplah pelbagai kerumitan hidup yang telah dialami oleh rakyat, yang tidak yakin merasa selamat, dengan kejadian jenayah, rompak, samun, ragut, rogol dan bunuh yang dilaporkan saban hari oleh media massa.

“sememangnya ketika ini telahpun berhadapan dengan gejala-gejala negatif itu……………oleh itu, himpunan bantahan ini adalah tanggunggjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia,

“dan bukannya penyokong parti atau mana-mana gerakan………InsyaAllah kita bertemu di Batu Burok 17 April jam 5 petang ini dengan berpakaian hitam,”seru beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️