BeritaKota Kinabalu

Wanita sebagai benteng pertahanan Islam

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail

PUTATAN : Nurhayati Sutekno berkata, kekuatan sesebuah jamaah tidak diukur dengan jumlah ahli, tetapi melalui kesatuan fikrah dan kesediaan untuk mencapai matlamat perjuangan.

Menurut Ketua Muslimat PAS Putatan itu, wanita bukan sekadar pelengkap dalam masyarakat malah tonggak utama sebuah keluarga, penggerak dakwah dan pendidik generasi yang membawa kesejahteraan ummah.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan Kali ke-24 bertempat di Putatan pada 21 Jun 2026.

Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Sepanggar, Ummu Aisyah sebagai pemerhati MAT kali ini.

Nurhayati menambah kekuatan perjuangan terletak dengan keteguhan jiwa dan tidak mudah tergugat oleh tekanan, emosi dan kritikan manusia. Wanita perlu memiliki daya tahan yang tinggi dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Katanya, perjuangan fisabilillah menuntut wanita agar tidak terlalu cinta dunia dan menjadikan akhirat sebagai matlamat utama dan dunia adalah wasilah.

“Kita tidak mahu ahli terutama ahli baharu salah faham tentang PAS sama seperti parti lain kerana dasar utama PAS ialah membawa syiar Islam, ” ujarnya.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan dan komitmen, beberapa anugerah diberikan iaitu Anugerah Srikandi Ummah, Raidah Hanisah Ruslan, Anugerah Influencer Dakwah, Aisyah Ramadha Ismail, Anugerah Muslimat Harapan, Siti Rahimah Rahimis dan Anugerah Ahli Aktif Cawangan, Rohana Mohd Noor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️