TAHNIAH KEPADA CALON STPM 2025 ATAS KEJAYAAN YANG DICAPAI
PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 yang telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing.
Kejayaan yang diperoleh hari ini merupakan hasil daripada kesungguhan, pengorbanan dan usaha berterusan para pelajar, ibu bapa, guru serta semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak Malaysia.
PAS Wilayah Persekutuan berharap agar para pelajar yang berjaya tidak berhenti setakat ini, sebaliknya terus melangkah ke hadapan untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi demi menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.
Bagi mereka yang mungkin belum mencapai keputusan yang diharapkan, jangan sesekali berputus asa. Kejayaan dalam kehidupan tidak hanya diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, bahkan melalui kesungguhan, kecekalan dan keazaman untuk terus memperbaiki diri serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam era yang penuh cabaran ini, negara amat memerlukan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi juga memiliki kekuatan sahsiah, nilai kepimpinan, semangat patriotisme dan keteguhan iman. Pendidikan yang berteraskan ilmu dan akhlak merupakan asas penting dalam membentuk masa depan Malaysia yang lebih sejahtera dan diberkati.
PAS Wilayah Persekutuan mendoakan agar seluruh calon STPM 2025 diberikan kejayaan yang berterusan dalam setiap bidang yang diceburi serta menjadi aset berharga kepada ummah dan negara.
“Teruskan Melangkah Dengan Ilmu, Dipimpin Oleh Iman dan Taqwa.”
USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
19Jun 2026 | 2 Muharram 1448H