Home Berita PAS Selangor

TASTI Pertama Di Bangi

10376
SHARE

Oleh : Wan Nur Aziezan Baharudin

BUKIT MAHKOTA, 17 Mac 2019 – Dewan Muslimat PAS Serdang (DMPS) buat julung kalinya telah menubuhkan taman asuhan kanak-kanak yang diberi nama Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) Siti Sarah yang bertempat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

TASTI Siti Sarah akan mula beroperasi pada Julai 2019 dengan menerima anak-anak bermula umur setahun.

Modul pendidikan TASTI ini adalah berteraskan Al Asma’ al Husna yang mampu mengisi kelompongan dan kepincangan yang berlaku dipusat-pusat asuhan tajaan swasta pada hari ini.

Sehubungan itu, pihak DMPS mengharapkan bantuan tenaga dan khidmat bakti pelbagai pihak terutama muslimat bagi membantu menjayakan pelaksanaan TASTI