Gesa PH Ambil Tindakan Banteras LGBT
Oleh ; Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS negeri Terengganu menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan segera untuk membanteras Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).
Ketua Penerangannya, Maznah Muftahuddin berkata, setiap aktiviti yang dilakukan oleh golongan tersebut hendaklah dihapuskan.
“Hasrat dan harapan kami ialah until melihat golongan yang sesat ini kembali ke jalan Allah.
“Kami mengajak seluruh masyarakat untuk membantu menyedarkan golongan yang telah sesat ini.
“Dan sama-sama memikul tanggungjawab mencegah kemungkaran apatah lagi ancaman kepada islam, akidah dan keselamatan rakyat (pada) hari ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan tolak LGBT di Batu Buruk pada Jumaat, 15 Mac.
Menurutnya, kerajaan dibawah pimpinan PH telah memberikan peruntukan wang sebanyak RM30,000 kepada golongan LGBT untuk melaksanakan aktiviti mereka.
Maznah menambah, sedangkan dalam masa yang sama ramai lagi anak-anak yang masih merempat kerana tidak mampu meneruskan pelajaran.
“Kita takut kefahaman dan budaya mereka ini akan menular dan mempengaruhi jiwa anak-anak remaja untuk jauh daripada agama.
“Perkara yang paling penting sekali apa yang dianuti dan difahami serta diamalkan oleh golongan LGBT adalah untuk menjauhkan diri daripada agama menentang hukum agama dan larangan Allah,” ujarnya.
Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Asma Abdullah berkata, Muslimat muda PAS (Ameerah) membantah sekeras-kerasnya tindakan LGBT dan golongan yang bersekongkol dengan mereka.
“Kita menyatakan kita menolak usaha yang dilakukan oleh mereka.
“Dan sepatutnya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa ditangan mereka perlu bertegas dan mengambil tindakan kepada golongan ini,” ujarnya.
Menurut beliau, pada hari ini ramai anak yang terjebak dengan golongan LGBT dan hendaklah menjaga generasi muda jangan sambar terikut.
“Kita mesti sedar tanggungjawab kita sangat besar bagi membangunkan anak-anak muda dengan Islam untuk memperteguhkan akidah mereka.
“Kerana kalau kita tak memperteguhkan Islam menyatakan suara kita membantah golongan ini. Maka anak-anak kita terus berada dan terjebak dengan golongan ini,” tambahnya.
Justeru itu, beliau menyeru agar umat Islam harus berani menyatakan hak mempertahankan akidah demi masa depan generasi Islam.