Ziarah mangsa ribut di Kampung Belanga Pecah

Oleh SHAKIRAH AZIZAN LANGKAWI - PAS Kawasan Langkawi turun padang menziarahi mangsa ribut di Kampung Belanga Pecah, Mukim Kuah, baru-baru ini. Seorang mangsa ribut, Muhamad Effendee, 40, menceritakan detik-detik cemas apabila mula kejadian yang berlaku pada waktu petang, selepas asar. "Terangkat habis bumbung-bumbung, terbang. sat ja berlaku,” katanya. Nasib yang menimpa mangsa mendapat perhatian Setiausaha PAS Kawasan Langkawi, Zulkefli Muhamad. “Ribut ini ujian daripada...

Kuala Kedah kembali pulih

KUALA KEDAH - Berikutan peningkatan kes denggi di beberapa buah lokaliti dalam Kuala Kedah pada 2 minggu yang lalu. NGO Pertubuhan Kuala Kedah prihatin yang dinaungi Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah melaksanakan operasi pembersihan besar-besaran. Antara lokaliti yang terlibat ialah Taman Kota Nelayan & Taman Armada Kuala Kedah. Kesemua lokaliti ini telah dijalankan...

Terharu dengar pesanan terakhir Al Marhum buat LKK Teluk Intan

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor Teluk Intan, 10 Ogos : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Teluk Intan menziarahi isteri Al Marhum Kamaruddin Syariff, di kediamannya di Kampung Padang Tembak di sini, semalam. Menurut isterinya, Salmah Sa'at, 72 tahun, Al Marhum suaminya telah terlantar sakit sejak...

LPN santuni masyarakat Siam di Perlis

KANGAR, 10 Ogos: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perlis dengan kerjasama LPN PAS Pusat baru-baru ini telah mengadakan program Sambutan Hari Keharmonian Peringkat Negeri Perlis.

Andansura hargai Ameerah IM pupuk kesedaran jaga kebersihan alam sekitar

Oleh RAHMAH AHMAD INDERA MAHKOTA, 9 Ogos : Masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar bagi memastikan keindahannya turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Kesedaran ini perlu dipupuk kepada semua termasuk anak-anak kecil yang berada di sekeliling yang akan menyambung usaha menjaga alam sekitar ini. Demikian kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu ketika diminta mengulas program Fun...

Santuni anak yatim sempena 10 Muharram

  Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 8 Ogos : Sempena 10 Muharam, As Sabiqat Muar bersama Adun Maharani, Abd Aziz Talib turun menyantuni anak-anak yatim sekitar parlimen Muar di sini, semalam. Abd Aziz yang diiringi ahli jawatankuasa As Sabiqat Muar telah ke premis PASTI Muar untuk menyantuni anak-anak yatim yang belajar di beberapa buah PASTI. Seramai 13 orang anak-anak yatim tersebut telah menerima...

Projek naik taraf telaga dan paip Kg. Pengkalan Kakap penuhi keperluan penduduk

MERBOK - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai menaik taraf telaga wakaf rakyat dan sistem perpaipan  untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Inisiatif ini melibatkan pemasangan tangki yang mampu menampung 1000 gelen air serta perpaipan yang lebih efisyen. Ketika ditemui dalam suatu lawatan ke tapak projek, ADUN Tanjong Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali berkata, "Telaga ini bukanlah yang pertama dibangunkan...

Ameerah, Nusaibah tarik minat pengundi muda mengundi

Oleh : Faizah Arbain 9 Ogos 2022 KOTA KINABALU : Muslimat Muda melalui Ameerah dan Nusaibah perlu menarik minat anak muda serta memberi kefahaman pentingnya mengundi untuk menentukan kepimpinan negara. Perwakilan Dewan Muslimat PAS Sandakan, Ummu Syifa Tasman berkata, Muslimat Muda perlu merebut peluang mendekati pengundi muda bagi mendedahkan mereka tentang politik Islam. “Pendekatan Muslimat Muda melalui 3 aspek penting iaitu melalui...

Meraikan Muhammad Aznil pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022

POKOK SENA - Alhamdulillah Yang Dipertua PAS Pokok Sena, YB Dato' Wan Romani Wan Salim bersama AJK PAS Kawasan Pokok Sena meraikan Sdr Muhamad Aznil Bidin, pemenang Pingat Emas Angkat Berat Kategori 61kg Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Kampung Pinang Jaya, Bukit Pinang. "Masukkan semula sukan angkat berat sebagai sukan teras', itu kenyataan pemenang emas kedua negara dalam saingan Sukan...

Hilang ingatan ekoran terlibat kemalangan

Oleh NORJULIANA BINTI YAACOB YAN - Seorang remaja lelaki mengalami masalah hilang daya ingatan ekoran terlibat dalam satu kemalangan pada bulan lalu. Muhammad Mu'iz Zakaria, 17 tahun hanya mampu terlantar di rumahnya di Kg Paya Mengkuang, Gurun. Beliau mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang lain. Nasib yang menimpa Mu'iz mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri...