Home Berita PAS Kedah

Meraikan Muhammad Aznil pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022

92
SHARE

POKOK SENA – Alhamdulillah Yang Dipertua PAS Pokok Sena, YB Dato’ Wan Romani Wan Salim bersama AJK PAS Kawasan Pokok Sena meraikan Sdr Muhamad Aznil Bidin, pemenang Pingat Emas Angkat Berat Kategori 61kg Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Kampung Pinang Jaya, Bukit Pinang.

“Masukkan semula sukan angkat berat sebagai sukan teras’, itu kenyataan pemenang emas kedua negara dalam saingan Sukan Komanwel 2022, Aznil Bidin bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan itu yang melewati pelbagai kontroversi.

Bukan sahaja sukan angkat berat terkeluar daripada sukan teras, pelbagai kontroversi melibatkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang digantung selain isu doping buat Aznil cukup terkesan.

Sebaik kalungan emas diserahkan kepadanya, Aznil tidak mengambil masa yang lama untuk memperjuangkan sukan angkat berat di Malaysia.

“Jika boleh kembalikan sukan angkat berat kembali dalam sukan teras. Ia adalah demi barisan atlet-atlet pelapis untuk berusaha mendapatkan pingat untuk negara,” kata Aznil.

Tahniah Muhamad Aznil Bidin. Semoga menjadi inspirasi kepada anak-anak muda terutama anak-anak muda Pokok Sena

Turut hadir bersama, Timbalan Yang Dipertua PAS Pokok Sena Sheikh Rodhi Abdul Rahman, Setiausaha PAS Pokok Sena Sdr Mohd Firdaus Salleh, Pengarah JPRD Bukit Lada Tuan Hj Radhi Mat Din, Pimpinan PAS Pokok Sena dan ARC Kedah.