Home Berita PAS Kedah

Kuala Kedah kembali pulih

54
SHARE

KUALA KEDAH – Berikutan peningkatan kes denggi di beberapa buah lokaliti dalam Kuala Kedah pada 2 minggu yang lalu.

NGO Pertubuhan Kuala Kedah prihatin yang dinaungi Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah melaksanakan operasi pembersihan besar-besaran.

Antara lokaliti yang terlibat ialah Taman Kota Nelayan & Taman Armada Kuala Kedah.

Kesemua lokaliti ini telah dijalankan aktiviti gotong-royong serta penerangan kesedaran melalui sukarelawan terlibat. Ini termasuklah pihak Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS serta KRT Taman Kota Nelayan.

Mengikut laporan yang diterima semalam, Dr. Ibrahim selaku pegawai Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, telah memaklumkan bahawa wabak denggi di Taman Kota Nelayan & Taman Armada sudah pun tamat.

Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin selaku penaung Kuala Kedah Prihatin turut menzahirkan rasa syukur di atas berita yang diterima.

“Alhamdulillah, pihak kami telah menerima mesej yang amat positif dari Dr. Ibrahim, pegawai Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

“Saya di pihak Pertubuhan Kuala Kedah Prihatin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah kerana sudi melaksanakan operasi di sana. Termasuklah usaha sama Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS serta Krt Taman Kota Nelayan.

“Diharapkan penduduk-penduduk sekitar Kuala Kedah terus membudayakan kehidupan yang sihat dan sejahtera,” kata Dr. Ahmad Fakhruddin.