Home Berita PAS Perak

Terharu dengar pesanan terakhir Al Marhum buat LKK Teluk Intan

29
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 10 Ogos : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Teluk Intan menziarahi isteri Al Marhum Kamaruddin Syariff, di kediamannya di Kampung Padang Tembak di sini, semalam.

Menurut isterinya, Salmah Sa’at, 72 tahun, Al Marhum suaminya telah terlantar sakit sejak beberapa bulan yang lalu dan tidak dapat lagi meneruskan pekerjaannya sebagai tukang rumah.

Atas rasa keprihatinan tersebut, LKK Teluk Intan telah menyalurkan sumbangan secara rutin setiap bulan kepada Al Marhum yang menghidap penyakit ‘Tibi’.

“Sampaikan salam kepada yang datang beri bantuan selalu tu ye,” begitulah pesanan terakhir Al Marhum melalui isterinya yang membuatkan rombongan LKK terharu dan sebak.

Sekotak barang keperluan dapur dan sejumlah wang telah diserahkan oleh Ketua LKK, Robainah Ismail kepada keluarga tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Muslimat, Saadah Abas, Ketua Muslimat Cawangan Padang Tembak, Azizah Hamdan dan ahli jawatankuasa yang lain.