Home Berita PAS Johor

Santuni anak yatim sempena 10 Muharram

71
SHARE

 

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 8 Ogos : Sempena 10 Muharam, As Sabiqat Muar bersama Adun Maharani, Abd Aziz Talib turun menyantuni anak-anak yatim sekitar parlimen Muar di sini, semalam.

Abd Aziz yang diiringi ahli jawatankuasa As Sabiqat Muar telah ke premis PASTI Muar untuk menyantuni anak-anak yatim yang belajar di beberapa buah PASTI. Seramai 13 orang anak-anak yatim tersebut telah menerima sumbangan wang dan malt coklat.

Beliau juga turut menziarahi warga emas yang uzur di Parit Amal Laut seramai 3 orang.

Sementara di Dun Sungai Balang, Timbalan Pengarah As Sabiqat Pusat, Fatimah Ismail diiring Pengerusi As Sabiqat Muar, Sapiah Shahadan dan setiausahanya Saadiah Hayon juga turun menyantuni anak yatim, golongan yang uzur dan asnaf.

“Seramai empat orang muslimat yang uzur dapat disantuni sementara golongan asnaf seramai lapan orang. Sumbangan berupa hamper buah-buahan, makanan sunnah dan barangan dapur, ” jelas Sapiah ketika dihubungi Wartawan Rakyat Muar.

Turut hadir bersama ialah ahli- jawatankuasa As Sabiqot serta dua orang ahli As Sabiqon Muar.