Home Berita PAS Kedah

Projek naik taraf telaga dan paip Kg. Pengkalan Kakap penuhi keperluan penduduk

61
SHARE

MERBOK РPusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai menaik taraf telaga wakaf rakyat dan sistem perpaipan  untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

Inisiatif ini melibatkan pemasangan tangki yang mampu menampung 1000 gelen air serta perpaipan yang lebih efisyen.

Ketika ditemui dalam suatu lawatan ke tapak projek, ADUN Tanjong Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali berkata, “Telaga ini bukanlah yang pertama dibangunkan oleh pihak PKWR. Sejumlah 30 telaga berjaya dibina yang telah dimanfaatkan oleh masyarakat.”

“Tidak dilupakan jasa Tuan Hj. Sudin, Encik Shukri Husin, dan pemuda-pemuda yang menjayakan projek ini,” ujarnya lagi.

Pembinaan telaga ini merupakan inisiatif jangka panjang sementara menantikan projek Loji Rawatan Air Bukit Selambau siap pada tahun hadapan.