Home Berita PAS Pahang

Andansura hargai Ameerah IM pupuk kesedaran jaga kebersihan alam sekitar

110
SHARE

Oleh RAHMAH AHMAD

INDERA MAHKOTA, 9 Ogos : Masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar bagi memastikan keindahannya turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Kesedaran ini perlu dipupuk kepada semua termasuk anak-anak kecil yang berada di sekeliling yang akan menyambung usaha menjaga alam sekitar ini.

Demikian kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu ketika diminta mengulas program Fun Walk n Plogging With YB Andansura yang telah diadakan di Pantai Balok baru-baru ini.

“Program seumpama itu dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan, pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat khasnya kepada anak-anak muda yang hadir pada hari tersebut,” tambah beliau.

Sabtu lalu Ameerah Kawasan Indera Mahkota menganjurkan program tersebut dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd yang menyasarkan remaja perempuan dan wanita muda yang tinggal di kawasan parlimen Indera Mahkota.

Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu turut diserikan dengan pertandingan kutipan sampah terbanyak berkumpulan di sekitar kawasan Pantai Balok.

Pengarah program, Nur Aina Tahir melahirkan kesyukuran atas sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berharap dengan program begitu akan lebih mendekatkan hubungan pemimpin dengan wanita-wanita muda.