Home Berita PAS Kedah

Hilang ingatan ekoran terlibat kemalangan

92
SHARE

Oleh NORJULIANA BINTI YAACOB

YAN – Seorang remaja lelaki mengalami masalah hilang daya ingatan ekoran terlibat dalam satu kemalangan pada bulan lalu.

Muhammad Mu’iz Zakaria, 17 tahun hanya mampu terlantar di rumahnya di Kg Paya Mengkuang, Gurun.

Beliau mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Nasib yang menimpa Mu’iz mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit.

YB Ustaz Sabri telah menziarahi beliau dan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai.

Bapanya, Zakaria Salleh tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja kampung.

Menurut YB Ustaz Sabri, sumbangan wang tunai berkenaan diberi bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

“Kita harap sedikit sumbangan itu dapat menggembirakan mereka, dan kita memohon agar mereka dikuatkan semangat menghadapi ujian ini,” katanya.