Home Berita PAS Perlis

LPN santuni masyarakat Siam di Perlis

112
SHARE

 

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 10 Ogos: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perlis dengan kerjasama LPN PAS Pusat baru-baru ini telah mengadakan program Sambutan Hari Keharmonian Peringkat Negeri Perlis.

Program yang diadakan di dua lokasi itu antara lain bertujuan menyantuni masyarakat pelbagai kaum yang ada di negeri ini.

Bertempat di Kampung Padang Petani dan Kampung Guar Syed Alwi pada sebelah paginya, sebanyak 27 buah keluarga yang terdiri daripada masyarakat berketurunan Siam di sini telah dikunjungi.

 

Mereka turut menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi LPN Dr. Halimah Ali.

Hadir sama, Pengerusi LPN PAS Negeri Perlis, Mohd Zulkefli bin Arof, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Perlis, Wan Hassan Ismail dan Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Nor Shahirah Mat Salleh.

Pada sebelah petang pula, telah diadakan program yang berlangsung di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) di sini.

Antara acara yang diadakan termasuklah kempen kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, persembahan seni mempertahankan diri silat dan juga tomoi.

Turut diadakan, acara menulis nama dalam tiga bentuk tulisan iaitu Rumi, Jawi dan Cina melibatkan semua peserta yang hadir.