ASTRO-PERBANDINGAN MANIFESTO WANITA: INI SUMBER TEPAT DAN LENGKAP

ASTRO : PERBANDINGAN MANIFESTO WANITA: INI SUMBER TEPAT DAN LENGKAP Merujuk kepada poster infografik @Astro Awani Network Sdn Bhd, Perbandingan Manifesto PRU 14 bagi tajuk Wanita nombor 9, di ruangan Gagasan Sejahtera tertera hanya Bantuan RM2000 sebagai modal bagi wanita bekerja dari rumah. Sumber ini diambil daripada Perbandingan Manifesto PRU14: Wanita terus diperkasa (http://www.astroawani.com/berita-politik/perbandingan-manifesto-pru14-wanita-terus-diperkasa-173426) Untuk makluman pihak ASTRO, Majlis Pelancaran Manifesto...

Persepsi, emosi dan kejujuran

Ketika berkempen di sebuah Kedai makan, seorang pekedai mengajak saya untuk menebar roti canai dan diambil gambarnya. Saya menolak. Pada saya biarlah saya lakukan apa yang saya biasa lakukan. Kalau nak ambil gambar ketika saya melakukan pembedahan..saya ok. Kalau nak ambil gambar dengan pesakit dengan keizinannya...saya ok. Tapi nak minta saya berlakon untuk buat sesuatu yang saya tak lakukan, pada...

Kunjungan Mahabbah ke Tokong Buddha Gudwara Sikh

Hari ini kami berpeluang membuat kunjungan mahabbah ke Sri Lanka Buddhist Temple, Sentul dan Gudwara Sahib Sentul. Dalam kesempatan yang ada kami berkongsi perspektif agama masing-masing tentang kemasyarakatan dan pemerintahan. Paling menarik, tokoh agama Buddha dan Sikh yang kami temui ini masing-masing mengakui bahawa hanya pemerintahan yang berteraskan pegangan agama yang kuat dapat menjamin kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama serta...

PAS hantar kak Ton untuk jaga kebajikan masyarakat Cina

BANGI, 5 Mei 2018 - Bahang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin terasa. Setiap calon berusaha untuk berjumpa dengan pengundi kawasan masing-masing. Bagi calon PAS yang bertanding di N25 Kajang, Puan Zaiton Ahmad yang lebih selesa dipanggil Kak Ton merasakan sinar kemenangan akan diperoleh PAS di DUN majoriti kaum Cina ini. Beliau yang ditemui berkata, gerak kerja dan doa yang tidak putus...

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad: Dari Dunia Perubatan Ke Kancah Politik

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad: Dari Dunia Perubatan Ke Kancah Politik Oleh : BintulNahar  Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Dr Najihatussalehah binti Ahmad? Satu sosok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengisi persada politik tanah air dengan keramahan dan kesantunan seorang muslimah solehah. Walaupun sudah berusia 52 tahun, beliau masih gagah dalam menabur bakti pada rakyat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga...

PAS Ketengah Calon Orang Kampung di DUN Kota

PAS ketengah calon orang kampung di DUN Kota Pilihanraya Umum ke-14 kali ini PAS mengemukakan calon orang kampung di DUN Kota. DUN Kota yang terletak di dalam parlimen Rembau adalah merupakan kawasan kampung yang memerlukan sentuhan wakil rakyat yang setiap hari bersama orang kampung untuk mendengar pelbagai permasalahan masyarakat setempat. Kawasan DUN Kota ini pula meliputi kawasan yang agak luas bermula...

“Oghang Ghombau, Berilah Ustaz Fa Peluang”

OGHANG GHOMBAU, BERILAH USTAZ FA PELUANG Biar berusia lebih setengah abad, Ustaz Mustafa Dolah masih terus berbakti pada masyarakat. Tenaga dicurahkan bagai tiada had usia. Beliau yang dulunya seorang pendidik, telah banyak menimba pengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau pernah mengajar di pelbagai sekolah elit dan institusi berprestij. Sebut sahaja nama Sekolah KGV, Kolej Tunku Khursiah, SMAP Labu, SMKA Pedas malah Maktab...

Puan Masita : Serikandi Berkebajikan Paroi

SERIKANDI BERKEBAJIKAN PAROI Puan Hajah Masita binti Mohamed Ali. Wajah ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penduduk sekitar Senawang. Beritahu sahaja, rumah kos rendah mana yang beliau tidak pernah jejak. Surau dan masjid mana yang beliau tidak pernah adakan program masyarakat di dalamnya. Susuk tubuh yang lebih selesa dikenali dengan nama Kak Tho ini, walaupun nampak lembut, namun sangat kuat. Berusia 55...

Anggota Beruniform Perlu Berani Membuat Perubahan Politik.

Oleh : Mustaman Mustain 5 Mei 2018. BATU SAPI : Anggota beruniform seperti polis, tentera laut, imigresen dan sebagainya perlu berani membuat perubahan dalam PRU14 kali ini dengan mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka. Perubahan politik tersebut wajib dilaksanakan ketika ini memandangkan keadaan negara yang menghimpit rakyat khususnya dalam peningkatan kos sara hidup dan urus tadbir negara yang tempang. Hanya PAS satu-satunya parti...

Calon PAS P115 Batu : Selamat Mengundi, Tunaikan Tanggungjawab

Selamat Mengundi buat seluruh pengundi di Parlimen P115 Batu khususnya dan seluruh negara amnya. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi untuk kesejahteraan negara ini. #UndilahPAS #YaAllahMenangkanlahPAS