Home Artikel PAS Johor

Persepsi, emosi dan kejujuran

238 views
SHARE

Ketika berkempen di sebuah Kedai makan, seorang pekedai mengajak saya untuk menebar roti canai dan diambil gambarnya. Saya menolak. Pada saya biarlah saya lakukan apa yang saya biasa lakukan.

Kalau nak ambil gambar ketika saya melakukan pembedahan..saya ok. Kalau nak ambil gambar dengan pesakit dengan keizinannya…saya ok. Tapi nak minta saya berlakon untuk buat sesuatu yang saya tak lakukan, pada saya ianya penipuan. Sebuah lakonan untuk menipu rakyat untuk membina sebuah persepsi dan ilusi palsu.

Apabila melihat seorang bekas PM ziarah kubur musuh politiknya yang tidak pernah beliau lakukan sebelum ini hatta kepada pemimpin partinya sendiri menyebabkan saya terfikir bagaimana mudahnya masyarakat tertipu dengan permainan emosi di dalam mencipta persepsi palsu.

Maka bertambah lah azam saya untuk mendidik rakyat supaya mempercayai sebuah kejujuran daripada persepsi palsu untuk membersihkan diri dengan kosmetik kepura-puraan.

#undilahsatukejujuran