Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad: Dari Dunia Perubatan Ke Kancah Politik

2260
SHARE

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad: Dari Dunia Perubatan Ke Kancah Politik

Oleh : BintulNahar 

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Dr Najihatussalehah binti Ahmad? Satu sosok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengisi persada politik tanah air dengan keramahan dan kesantunan seorang muslimah solehah.

Walaupun sudah berusia 52 tahun, beliau masih gagah dalam menabur bakti pada rakyat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga dan pada masa yang sama terus beristiqamah untuk mengangkat syariat Islam ke puncak yang tertinggi.

Berkat restu sang suami, Haji Alias bin Ngatenan, Dr Najiha dilihat tidak lelah dalam membahagikan masa antara kerjaya dan bidang dakwah.

Mempunyai latar belakang pendidikan perubatan dan pembedahan dari Universiti Malaya (UM), beliau memulakan tugas sebagai pengawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1992 dan berpindah ke Changkat Melintang, Perak Tengah, seterusnya ke Rangkaian Poliklinik Hidayah dan kini telah membangunkan klinik sendiri bernama Klinik Dr. Najiha.

Langkah beliau dalam gerak kerja kemasyarakatan dan NGO bermula sejak di alam universiti lagi melalui persatuan mahasiswa UM. Beliau memang aktif dalam persatuan yang membela nasib wanita kerana sikapnya yang sangat mengambil berat akan kebajikan orang lain. Nilai – nilai yang ada dalam diri Dr Najiha ini sudah tentu didambakan oleh sekalian rakyat yang mahukan suara mereka didengar dan kebajikan mereka dijaga.

Dr Najiha juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Perak dan juga kawasan Parit. Sebagai calon Parlimen Parit, beliau kini sedang berhempas pulas demi memastikan kemenangan PAS di situ bagi memastikan kedaulatan Islam tersebar ke serata Malaysia terutamanya di negeri Perak.

Apa lagi, jom kome pakat undi Dr Najiha!