Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Ketengah Calon Orang Kampung di DUN Kota

716
SHARE

PAS ketengah calon orang kampung di DUN Kota

Pilihanraya Umum ke-14 kali ini PAS mengemukakan calon orang kampung di DUN Kota. DUN Kota yang terletak di dalam parlimen Rembau adalah merupakan kawasan kampung yang memerlukan sentuhan wakil rakyat yang setiap hari bersama orang kampung untuk mendengar pelbagai permasalahan masyarakat setempat.

Kawasan DUN Kota ini pula meliputi kawasan yang agak luas bermula dari Kg Batu ke Kendong hinggalah ke Lubok China. Oleh itu pemilihan Tn Hj Ishak Omar anak jati Rembau dari Kg Penajih adalah merupakan orang yang paling sesuai sebagai calon PAS di DUN Kota ini.

Tn Hj Ishak Omar telah menaburkan bakti di DUN Kota sejak sekian lama sebelum beliau terpilih sebagai calon PAS di sini. Sebarang permasalahan masyarakat setempat yang diajukan kepada beliau akan dibawa dalam mesyuarat PAS Kawasan Rembau atau NGO yang disertainya untuk diselesaikan secara bersama.

Pendekatan yang beliau lakukan ialah dengan mengadakan perbincangan serta rundingan dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan untuk menyelesaikan satu-satu masalah setempat. Berbekalkan pengalaman yang lama dalam tentera adalah satu aset dalam menyelesaikan satu-satu masalah tepat pada masanya.

Oleh itu dengan ini saya menyeru agar semua petugas dan penyokong PAS bersama membantu calon kita semasa kempen pilihanraya ini.

Saya juga mengharapkan agar para pengundi di DUN Kota dapat memberi undi kepada PAS agar perkhidmatan yang diberikan oleh Tn Hj Ishak selama ini akan lebih meluas serta pengagihan bantuan yang adil dan sama rata.

Haji Rozmal Malakan
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Rembau