Home Artikel PAS Negeri Sembilan

“Oghang Ghombau, Berilah Ustaz Fa Peluang”

568
SHARE

OGHANG GHOMBAU, BERILAH USTAZ FA PELUANG

Biar berusia lebih setengah abad, Ustaz Mustafa Dolah masih terus berbakti pada masyarakat. Tenaga dicurahkan bagai tiada had usia.

Beliau yang dulunya seorang pendidik, telah banyak menimba pengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau pernah mengajar di pelbagai sekolah elit dan institusi berprestij. Sebut sahaja nama Sekolah KGV, Kolej Tunku Khursiah, SMAP Labu, SMKA Pedas malah Maktab Perguruan Raja Melewar. Tentunya hanya insan hebat sahaja boleh terpilih sebagai tenaga pengajar di sini.

Anak murid beliau sendiri tidak terkira. Dan kini semuanya menjadi orang-orang disegani di seluruh Malaysia. Dan semua masih ingat, inilah guru yang mendidik mereka agar menjadi manusia berguna pada agama dan bangsa.

Jawatan yang pernah disandang sepanjang perkhidmatan juga bukan calang-calang. Tanda kekaliberan yang tidak perlu disangkal lagi oleh pihak kawan dan lawan.

Hingga setelah berpencen pun, beliau masih menyumbang kepada penduduk sekitar Rembau khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Turun padang dalam aktiviti kemasyarakatan. Menyumbang masa, tenaga dan buah fikiran untuk terus dimanfaatkan.

Orang tempatan pasti kenal rapat susuk hebat ini. Dan tahu betapa besar jasa yang telah anak nogori ini curahkan.

Berilah peluang kepada Ustaz Fa untuk terus menyumbang dengan lebih banyak. Berilah beliau peluang mentadbir Rembau dengan dasar Islam.

Oghang Ghombau, undilah Ustaz Fa untuk Parlimen Ghombau! Dan jangan lupo, pakat kobar pado waghih lain yo!

#PRU14
#mohbalikngundikekGhombau
#NegeriSembilanSejahtera