Home Berita PAS Negeri Sembilan

Puan Masita : Serikandi Berkebajikan Paroi

820
SHARE

SERIKANDI BERKEBAJIKAN PAROI

Puan Hajah Masita binti Mohamed Ali. Wajah ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penduduk sekitar Senawang.

Beritahu sahaja, rumah kos rendah mana yang beliau tidak pernah jejak. Surau dan masjid mana yang beliau tidak pernah adakan program masyarakat di dalamnya.

Susuk tubuh yang lebih selesa dikenali dengan nama Kak Tho ini, walaupun nampak lembut, namun sangat kuat. Berusia 55 tahun tetapi masih kuat menyumbang untuk penduduk Paroi. Siang malam, beliau memang penuh dengan aktiviti ziarah asnaf.

Pantang ada asnaf hubungi beliau, mengadu itu dan ini, pasti paling lewat esoknya beliau akan ziarahi bersama petugas. Dalam sekelip mata, sukarelawan dikumpulkan dan sumbangan barangan dapur serta kewangan disediakan.

Pengalaman menjadi pegawai eksekutif Telekom di ibu kota suatu ketika dahulu, dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau cekap mengurus tadbir sumbangan beribu-ribu dari orang ramai yang prihatin. Hinggakan acap kali, Kak Tho menjadi orang tengah, membantu golongan tidak bernasib baik ini mendapatkan bantuan Baitulmal dan Kebajikan Masyarakat.

Orang yang tinggal di flat murah sekitar Senawang dan Seremban pasti kenal wajah ini. Pernah beliau dan suaminya sanggup mengusung beras, menaiki tangga bertingkat-tingkat di sebuah rumah flat. Semata-mata untuk menghantar bantuan barang dapur kepada sebuah keluarga yang telah kehabisan.

Begitu ramah dan mudah didekati, Pengerusi NGO Amalnita Negeri Sembilan bukan calang-calang orang. Memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kawasan, semuanya dapat diurus dengan baik. Sebagai pengurus dan guru PASTI di Taman Tunku Jaafar, beliau amat disegani sebagai seorang pendidik.

Antara contoh terbaik, tangan yang menghayunkan buaian juga boleh menggegarkan dunia. Inilah ciri-ciri bakal pemimpin yang tidak perlu tunggu PRU. Dari awal sudah pijak tanah, bertemu rakyat.

Dengan jiwa berkebajikan dan ciri kepimpinan yang ada pada Kak Tho, in shaa Allah kemaslahatan penduduk Paroi pasti akan terbela.

Moh anak nogori yang ngundi kek Senawang, undilah Kak Tho untuk DUN Paroi! Dan jangan lupo, pakat kobar pado waghih lain yo!

#PRU14
#mohpakatngundikekParoi
#NegeriSembilanSejahtera