Home Artikel PAS Selangor

PAS hantar kak Ton untuk jaga kebajikan masyarakat Cina

679 views
SHARE

BANGI, 5 Mei 2018 – Bahang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin terasa. Setiap calon berusaha untuk berjumpa dengan pengundi kawasan masing-masing.

Bagi calon PAS yang bertanding di N25 Kajang, Puan Zaiton Ahmad yang lebih selesa dipanggil Kak Ton merasakan sinar kemenangan akan diperoleh PAS di DUN majoriti kaum Cina ini.

Beliau yang ditemui berkata, gerak kerja dan doa yang tidak putus dari semua petugas PAS merupakan kekuatan untuk mendapatkan kemenangan.

Dalam masa yang sama, beliau melihat respon positif pengundi terutama masyarakat Cina apabila beliau mengunjungi mereka bagi memperkenalkan calon dan manifesto Malaysia Sejahtera yang ditawar PAS dalam PRU-14 kali ini.

Dalam siri lawatan beliau ke Bandar Mahkota Cheras dan Pasar Sungai Chua, beliau mengharapkan agar rakyat terutama masyarakat bukan Islam memberi kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir. Masyarakat bukan Islam terutama bangsa Cina tidak perlu ragu dan takut untuk mengundi calon Islam kerana PAS adalah parti yang boleh menjaga kemakmuran dan hak masyarakat majmuk.

Kejayaan PAS mentadbir dan menjaga rakyat pelbagai kaum dapat dibuktikan melalui pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, kerajaan Terengganu 1999-2004 dan Kerajaan Kedah 2008-2013 yang dinobatkan kerajaan paling bersih tanpa rasuah dan diskriminasi kaum.

Ketika krisis perkauman 13 Mei 1969, negeri kubu PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak berlaku kerana pada waktu itu pimpinan PAS menjaga dan memberi jaminan keselamatan kepada orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Kak Ton berharap agar masyarakat bukan Islam dapat memilih beliau dalam PRU-14 kali ini. Beliau juga bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat apabila melihat sambutan baik masyarakat semasa sesi ziarah pengundi diadakan.