Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

ASTRO-PERBANDINGAN MANIFESTO WANITA: INI SUMBER TEPAT DAN LENGKAP

928
SHARE

ASTRO : PERBANDINGAN MANIFESTO WANITA: INI SUMBER TEPAT DAN LENGKAP

Merujuk kepada poster infografik @Astro Awani Network Sdn Bhd, Perbandingan Manifesto PRU 14 bagi tajuk Wanita nombor 9, di ruangan Gagasan Sejahtera tertera hanya Bantuan RM2000 sebagai modal bagi wanita bekerja dari rumah. Sumber ini diambil daripada Perbandingan Manifesto PRU14: Wanita terus diperkasa (http://www.astroawani.com/berita-politik/perbandingan-manifesto-pru14-wanita-terus-diperkasa-173426)

Untuk makluman pihak ASTRO, Majlis Pelancaran Manifesto Wanita Sejahtera telah berlangsung pada 26 April 2018. Berikut kami senaraikan Manifesto Wanita Sejahtera, dengan membawa tema “Wanita Sejahtera Suri Hati Negara”.

8 Teras Utama

1. Kebajikan Wanita
-Baucer Makanan Sihat RM600 ibu hamil dan menyusu

-Bantuan Saringan Kesihatan RM300

2. Kestabilan Ekonomi Mesra Wanita
-Suntikan Dana Bantuan RM2,000 one-off sebagai modal permulaan berniaga

3. Kecaknaan Sokongan Sosial
-Tabung Sejahtera Wanita Malaysia RM100 juta ; membela wanita dizalimi

4. Keseimbangan Kehidupan dan Kerja
-Skim “Pengendali Kediaman Profesional” bertauliah

5. Kesepaduan Sokongan Sosial
-Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah : Women One Stop Centre Pelbagai Perkhidmatan

-Kaji insentif berpatutan kepada Syarikat Swasta yang menubuhkan Pusat Jagaan Kanak-kanak di tempat kerja

6. Ke Arah Memaknakan Bakti
-Menjana Pusat Sokongan Sosial Warga Emas, untuk semua bangsa dan agama

7. Kesejahteraan Siber Kanak-Kanak
-Kuatkuasa Akta dan Sistem Keselamatan ICT kanak-kanak/Remaja

8. Kesejahteraan Warga Pendidik.
-Turunkan nisbah guru-murid kepada 1:30

Sehingga hari ini 5 Mei 2018, pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia masih belum nampak poster baharu dikeluarkan daripada pihak ASTRO. Oleh hal demikian, sebagai sebuah medium dan media massa yang terkenal di Malaysia, seharusnya ASTRO perlu lebih bersifat profesional, tepat dan adil bagi semua parti dan biar netizen menilai dan tahu maklumat yang benar.

Dalam berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi ini, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak agar pihak ASTRO dapat memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada semua netizen di Malaysia dengan memaparkan poster baharu dan juga poster manifesto daripada keluaran pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Pihak kami juga sedia dihubungi untuk membuat sebarang penjelasan sebelum pihak Astro Awani menerbitkan sebarang maklumat mengenai manifesto Wanita Sejahtera bagi mengelakkan kesalahan dan ketirisan fakta yang sama.

Unit Media Baru
Jabatan IT dan Komunikasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Mei 2018

#Astro Awani
#MalaysiaMemilih
#AwaniNews #HariIni #manifesto
#share #viral