Home Artikel PAS Wilayah

Kunjungan Mahabbah ke Tokong Buddha Gudwara Sikh

982
SHARE

Hari ini kami berpeluang membuat kunjungan mahabbah ke Sri Lanka Buddhist Temple, Sentul dan Gudwara Sahib Sentul.

Dalam kesempatan yang ada kami berkongsi perspektif agama masing-masing tentang kemasyarakatan dan pemerintahan.

Paling menarik, tokoh agama Buddha dan Sikh yang kami temui ini masing-masing mengakui bahawa hanya pemerintahan yang berteraskan pegangan agama yang kuat dapat menjamin kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama serta kemakmuran negara.

Alhamdulillah, mereka turut mengakui dan menghormati kedudukan dan peranan agama Islam dan umat Islam sebagai teras pemerintahan negara ini.

Saya amat berbesar hati atas kesudian mereka menerima kami sebagai tetamu.

Terima kasih semua. Saya berharap hubungan kita berkekalan dan bertambah akrab. InshaAllah.

.