🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Bengkel AI, Perkasa Muslimat Hadapi Cabaran Dunia Digital

MARANG – Bengkel Kecerdasan Buatan (AI) dianjurkan sebagai inisiatif untuk memperkasa muslimat, khususnya golongan muda, dalam menghadapi cabaran dunia digital dan teknologi yang pesat berkembang.

Ketua Lajnah IT Muslimat PAS Marang, Sumaiyah Zakaria, berkata bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam penggunaan teknologi digital dan aplikasi media secara beretika dan berkesan.

“Selaras dengan keperluan semasa bagi menyokong gerak kerja organisasi, pendidikan serta dakwah, bengkel ini menyediakan platform untuk peserta mempelajari cara menggunakan teknologi digital dengan lebih efektif,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Sumaiyah, yang juga Pengarah Ameerah Terengganu, berkata demikian mengulas program Bengkel AI yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Marang pada Khamis, 25 Disember.

Beliau menambah, hasil daripada penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan serta memperkasakan pengetahuan muslimat dalam kemahiran menggunakan aplikasi media bagi mendepani keperluan dunia digital masa kini.

“Para peserta turut diberi pendedahan tentang kemajuan teknologi yang boleh dimanfaatkan secara praktikal untuk memperkukuh pengurusan, perancangan serta pelaksanaan gerak kerja di peringkat kawasan,” ujarnya lagi..

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Penerangan PAS Marang, Aswadi Mohamad, atas kesudian berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada hampir 20 peserta sepanjang bengkel tersebut.

Beliau turut teruja dengan enyertaan aktif muslimat Marang dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan ke arah melahirkan wanita yang celik teknologi, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.

“Selain itu, bengkel ini turut menekankan penggunaan teknologi secara beretika, agar setiap aplikasi media yang digunakan selari dengan nilai-nilai Islam dan menyokong misi dakwah.

“Dengan penganjuran program sebegini, PAS Marang berharap para muslimat bukan sahaja mahir dalam teknologi tetapi juga mampu memanfaatkan ilmu tersebut untuk kepentingan organisasi dan komuniti, seterusnya memperkukuh peranan wanita dalam era digita,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️