Masyarakat Felda Perlu Perhatian MB Terengganu
Oleh : Rohayati Ripin
HULU TERENGGANU – Masyarakat Felda perlukan kasih sayang dan perhatian Menteri Besar YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pengerusi Generasi Terengganu Naraza Muda berharap kerajaan dapat menjenguk kehidupan peneroka felda dalam situasi Lembaga Tanah itu yang menghadapi masalah di peringkat persekutuan.
“Di peringkat pusat felda sekarang telah ditetapkan di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dulunya Jabatan Perdana Menteri,
“Jadi sekarang para peneroka menghadapi masalah kerana bayaran sara hidup lambat (tidak menentu),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di wad Melor Hospital Hulu Terengganu pada hari Jumaat, 17 Ogos.
Naraza yang juga Pegawai Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah dimasukkan ke dalam wad pada Khamis kerana mengadu sakit dada.
Mengulas tentang kesihatannya beliau mendapat rawatan untuk pemeriksaan dalam 48 jam.
“Saya juga telah dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang Dr Mamad Puteh dan didatangi oleh pakar kesihatan keluarga Dr Suhazeli Abdullah,
“Mereka memberikan nasihat pada saya….. kebiasaannya pemeriksaan mengambil tempoh 48 jam sebelum saya dirujuk kepada pakar,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap dapat diaadakan satu majlis untuk warga felda dalam suasana kerajaan menyambut 100 hari.
Antara yang menjadi keutamaan menurut beliau pemberian hak milik tanah dan menyegerakan pembinaan rumah bagi Generasi kedua.