🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
PusatKenyataan Media

PAS PERSOAL AZLAN JOHAR DIREHATKAN SEBAGAI PENGULAS SUKAN PIALA DUNIA KERANA SERTAI PAS

PAS melahirkan rasa dukacita apabila mendengar perkhabaran bahawa bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan sebagai Pengulas Sukan di RTM yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.

PAS ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan Johar ke dalam PAS sebagaimana yang diisytiharkan di Seremban pada 13 Jun 2026 yang lalu.

PAS berharap semua pihak yang berkaitan, termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

PAS merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminatpeminat sukan tanah air.

Azlan Johar bukan hanya merupakan bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan kebangsaan sekitar tahun 1980-an, malah beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda.

Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak Kerajaan agar memastikan perkara seperti ini tidak berlaku dan berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara.

Terima kasih.

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 15 JUN 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️