🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Pahang

Fun Walk NGO Khadijah Bentong, semarak budays sihat

BENTONG, 15 Jun – Program Fun Walk anjuran Pertubuhan Kebajikan Khadijah Bentong dengan kerjasama Nisa’ Bentong berjaya menghimpunkan Masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat umur di Taman Rekreasi Felda Mempaga di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Khadijah Bentong, Yusma Yusoff berkata, sambutan yang diterima membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat semakin meningkat, di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat.

Beliau berkata, program yang berlangsung dalam suasana santai dan ceria itu berjaya menarik penyertaan golongan lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak yang turut bersama-sama menyertai aktiviti berjalan kaki tersebut.

Menurutnya, penganjuran Fun Walk bukan sahaja bertujuan membudayakan amalan riadah dan gaya hidup aktif, malah menjadi medan untuk memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kami amat teruja melihat sokongan yang diberikan. Penyertaan daripada pelbagai peringkat umur membuktikan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan semakin meningkat, dan yang lebih penting, program seperti ini memberi peluang kepada kita untuk beramah mesra serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Yusma berkata, selain aktiviti berjalan santai bersama keluarga, para peserta turut disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah, cabutan bertuah serta hadiah menarik yang menambahkan lagi kemeriahan program.

“Kami akan terus merancang pelbagai program bermanfaat yang dapat menjadi platform untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti yang sihat serta membawa manfaat kepada semua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️