NegeriTerengganu

Cadangan PAS, Naikkan Elaun Imam Bilal Dipersetujui

KUALA TERENGGANU – Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan cadangan PAS bagi menaikkan elaun imam dan bilal di negeri Terengganu setelah mendapati masalah kekurangan pengisian jawatan ini sangat ketara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bhri Mamat yang bangun mengemukakan soalan tambahan kepada soalan asal beliau sendiri, mencadangkan agar kerajaan mengkaji perkata tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib menyatakan persetujuan persetujuan secara lisan dalam jawapannya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Saya setuju dengan kenyataan wakil Paka yang mengatakan gaji yang ditawarkan kepada imam ini agak rendah berbanding dengan jawatan-jawatan lain.

“Yang menyebabkan jumlah golongan yang layak, yang ada berkelulusan, tidak berminat untuk meneruskan perjawatan sebagai imam dan bilal.

“Saya ada perbincangan dengan beberapa pegawai yang mengurus bahagian perjawatan yang ada juga menimbulkan masalah tentang gaji imam dan bilal untuk masjid kerajaan ini, perlu dikaji semula supaya menarik minat mereka.

“Yang ini insyaAllah pihak kerajaan akan buat kajian, jika kita dapati kesesuaiannya, insyaAllah satu skim baru akan dipertimbangkan,” ujar beliau di Wisma Darul Imanpada Selasa 13 Disember.

Wakil Paka yang mengemukakan soalan asal yang berbunyi sila nyatakan bilangan penjawat imam dan bilal yang belum diisi mengikut pecahan daerah di masjid-masjid di negeri Terengganu.

Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal yang belum diiisi berikutan beberapa masalah seperti calon tidak menepati kriteria dan calon sesuai tetapi tidak mahu ke masjid yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Daerah Hulu Terengganu adalah kawasan paling banyak kekosongan iaitu 83 jawatan imam dan 73 bilal.

Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 itu turut memberi teguran kepada kerajaan agar tidak lagi menyekat elaun-elaun imam-imam dan bilal-bilal yang dianggap kerajaan sebagai pro-pembangkang.

Teguran itu disambut positif oleh Ghazali dan berjanji akan melihat kembali senarai nama imam dan bilal yang masih belum mendapat elaun mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️