NegeriTerengganu

Tanah Bencah Setiu; Sudah Terhantuk Baru Terngadah?

– kerajaan Umno BN cuba mencuci dosa lalu?SETIU – PAS menyifatkan kenyataan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu berura-ura untuk mengisytiharkan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) sebagai Taman Negeri sebagai ‘sudah terhantuk baru terngadah’,

Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu Dr.Azman Ibrahim berkata PAS sebenarnya telah lama menyatakan kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan isu perubahan dalam penggunaan dan pengurangan keluasan tanah serta kemusnahan habitat semulajadi dikawasan tersebut.

“Kemusnahan ekosistem ‘Setiu Wetlands’ ini berada pada paras bahaya khususnya sejak bermula Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) pada 2008 (dan) kebimbangan PAS Terengganu ini turut disokong dengan fakta,

“(hasil) dari ‘Kajian Perubahan Litupan Bumi di Tanah Bencah Setiu’ yang dijalankan oleh WWF-Malaysia, yang menunjukkan sebanyak 30 peratus daripada kawasan paya dan bakau dibersihkan dan ditebus guna sepanjang tahun 2008 hingga 2011,”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Peneranga PAS Kawasan Setiu menegaskan, perlu diingatkan bahawa tahun 2008 – 2011 adalah tahun perlaksanaan Projek i-SHARP.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berhubung perkara tersebut.

“Sebagai catatan, Tanah Bencah Setiu atau dikenali sebagai Setiu Wetlands adalah kawasan sepanjang 14 km yang mengunjur selari dengan pesisiran pantai Daerah Setiu,

“Kawasan ini mempunyai pelbagai ciri semula jadi yang terdiri daripada ekosistem air tawar, air payau dan air laut termasuk habitat yang unik seperti hutan gelam dan laguna. Kehidupan penduduk di sini sebahagian besarnya bergantung kepada sumber yang terdapat di Tanah Bencah Setiu ini.

“Dengan istilah lain, kawasan ini menyimpan khazanah ekonomi dan kelangsungan hidup bagi yang penduduk terlibat,”jelasnya.[Gambar Atas – Kemusnahan sebahagian Tanah Bencah Setiu (Setiu Wtlands) Gambar bawah – Seorang Peserta RTB, Pak Su Mat menunjukkan tanahnya yang telah dirampas oleh kerajaan]

Oleh kerana itu, beliau menuntut penjelasan rapi pihak kerajaan Umno-BN Terengganu, bagaimana kemusnahan 30 peratus di kawasan tanah bencah itu boleh berlaku.

“tanah itu adalah sumber kepada sosio-ekonomi penduduk serta alam sekitar, tetapi kerajaan perlu menjelaskan tindakan apa yang membawa kemusnahan kira-kira 30 peratus kawasan yang kaya dengan pelbagai sumber itu boleh berlaku?

“dan bagaimana kerajaan boleh mengisytiharkan ia sebagai Taman Negeri sedangkan lesen yang diberikan oleh kerajaan sendiri atas tanah yang dicatatkan sebagai tanah yang dimiliki Tabung Amanah Warisan milik Negeri, untuk melakukan sat kemusanahan alam sekitar!,”soal beliau.

Beliau juga meminta jawapan yang ‘tuntas’, adakah kerajaan cuba menutup isu sebenar dan ‘dosa-dosa’ menceroboh serta merampas tanah milik rakyat dan menzalimi rakyat di kawasan RTB Kubang Labi, Kampung Banggol?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️