NegeriTerengganu

Tangki air sekolah ‘meletup’ dan pecah; kerajaan diminta ambil perhatian serius

KUALA TERENGGANU – PAS memberi ingatan supaya kerajaan mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang runtuh dan rosak keranakejadian yang melibatkan keselamatan orang ramai iru masih berlaku khususnya di negeri Terengganu.

Yang terbaru kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul wahid Endut adalah kejadian tangki air Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan ‘meletup’dan pecah pada beberapa hari yang lalu. [Gambar atas]

“saya dah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah……mendap…..runtuh ia melibatkan keselamatan orang ramai,

“(sedangkan) bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang teah ditetapkan),”ujarnya.

Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu ‘kelaziman’ berlaku seperti kejadian stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang mdia yang diadakan majlis Rumah Terbuka PAS  Terengganu sempena sambutan hari raya Eidul Fitri di pejabat PAS, dekat sini semalam Khamis 5 September.[Lihat Video]

Katanya, sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan dan kebimbangan tentang keselamatan diri mereka.

Oleh itu, Beliau berharap perkara terbabit diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

“benda-benda macam ni sampai bila akan berterusan……….saya bimbangsehingga satu tahap sehinggakan rakyat hilang keyakinan dan mereka bimbang tetang keselamatan diri mereka,

“jadi……saya berharap perkara ini diambil perhatian yang serius supaya tidak timbul, seperti yang kita tak mahu berlaku……orang  menggelarkan negeri Terengganu ni macam-macam……,”jelasnya.

Beliau berkata kejadian tangki air Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan yang ‘meletup’ dan pecah adalah kejadian yang kedua berlaku seumpanya.

Tangki air tersebut meletup pada kira-kira jam 11.30 malam 4 September lalu, manakala kejadian yang serupa berlaku di Sekolah Menengah Paka [Gambar kiri bawah] pada 14 Julai tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️