Jangan lupa temujanji kita hari ini!
KUALA TERENGGANU – Semua penyokong dan pendokong PAS serta masyarakat setempat jangan lupa untuk hadir di perkarangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu pada Khamis 5 September.
BPPNT akan mengadakan rumah terbukanya sempena hari raya bagi meraikan sambutan Idulfitri 1434.
Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata sambutan rumah terbuka PAS Terengganu merupakan program tradisi anjuran BPPNT.
[Gambar – para petugas pejabat PAS membuat persiapan sambutan rumah terbuka lewat malam semalam]
Katanya, dengan program tersebut hubungan antara PAS dengan ahli, penyokong, pendokong dan masyarakat umum semakin dekat.
“Program ini (rumah terbuka) kita (PAS) buat setiap tahun pada hari raya Idulfitri untuk meraikan ahli, penyokong dan pendokong serta masyarakat setempat.
“Biasanya, ribuan pengunjung datang dari pelbagai lapisan kaum dan agama. Ini bukti PAS diterima oleh rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, disamping menjamu selera sempena hari raya pimpinan parti pula akan berucap bagi menyampaikan pesanan dan nasihat serta sambutan rumah terbuka tersebut akan diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.