Masih Ada Ruang Perbincangan Kerusi DUN Yang ‘Bertindih’ Antara PAS dan PKR
Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin deraman, perkara tersebut akan dibawa kembali ke meja perundingan dengan pihak PKR bagi memastikan tidak berlaku tidak berlaku sebarang pertindihan.
Beliau yakin, isu tersebut akan dapat diselesikan tanpa sebarang ‘perbalahan’ kerana menurutnya perkara tersebut boleh diselesaikan.
“dalam isu ini, kita akan tengok balik, akan nilai semula…….. kita akan tengok suasana yang ada dengan perkembangan calon-calon yang dimumkan oleh PKR sebab kita nak ‘winnable candidate, kita harap PKR dapat menyediakan calon-calon yang boleh menang,”ujarnya kepada pihak media di pejabat PAS negeri Terengganu pada Selasa 16 April[Lihat Vdeo]
Beliau berkata, PAS Terengganu telah membuat keputusan dan menyerahkan perkara berhubung dengan pembahagian kerusi kepada pihak pusat dan calon-calon bagi krusi parlimen telah pun diselesaikan.
Namun begitu, katanya, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), penilaian dan perbincangan akan terus dibuat bagi memastikan Pakatan Rakyat akan berhadapan ‘satu lawan satu’ degan Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.
Sebelum itu, tiga orang pemimpin peringkat DUN Bukit Besi, DUN Bandar dan DUN Seberang Takir telah mengadakan satu sidang media, menatakan hasrat mereka supaya calon-calon PAS dibenarkan untuk bertanding berdasarkan prestasi PAS yang lebih menonjol i DUN-DUN berkenaan.
Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah ketika mengumumkan nama-nama calon PKR bagi DUN Terengganu pada petang Selasa turut mengakui ada pertindihan ‘tuntutan’ bagi beberapa kerusi di negeri Terengganu.
“Memang kita dapati ada pertindihan. Perkara tersebut masih dalam perundingan. Kita hanya tunggu mandat daripada Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya
Beliau hanya mengumumkan calon di empat DUN iaitu di Telemong (Narawi Embong), Permaisuri (Wan Mokhtar Wan Ibrahim) serta DUN Bandar (Azan Ismail) dan Bukit Besi (Mohd Shamsul Mat Amin).