Muslimat Tingkat Gerakan Kempen
Menurut Ketuanya, Napisah Ismail, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menziarahi pengundi yang sakit dan uzur serta memberikan rawatan dan perubatan percuma.
“hari ini (kita buat) program kemasyarakatan, yang mana kita (lakukan) ziarah bersama-sama doktor daripada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah hari, kita sambung lagi petang ini menziarahi rumah MOSWA golongan tua yang sakit dan uzur,
“dan AlhamduliLlah, sambutan amat membanggakan……kita (PAS) tengok masyarakat kita memberi sokongan kepada kita,”ujarnya ketika ditemui selepas program Rawatan Bersama Doktor, pada Sabtu 13 April.[Lihat Video]
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kuala Besut berkata, program tersebut yang telah dilaksanakan sebanyak dua kali sebelum ini akan di teruskan dalam masa kempen selepas penamaan calon sehingga ke hari mengundi.