PAS Ada Ramai Calon ‘Winnable Candidate’; Tak Ada Masalah Hadapi Umno-BN
Katanya, kategori tersebut akan diutamakan tanpa mengira bakal calon berkenaan anak siapa atau pimpinan mana asalkan berkelayakkan dan boleh menang pilihan raya.
Malah, kata Abdul Wahid, PAS mempunyai ramai calon-calon bersifat demikian dari pelbagai latar belakang untuk bertanding pada PRU13 ini dan tidak ada masalah menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kita (PAS) mahu (utamakan) calon ‘Winnable candidate’ (boleh menang) dan mana-mana calon yang kita rasa boleh menang, tak kira anak siapa…kita (PAS) akan ketengahkan.
“Jadi tidak timbul soal calon ‘warisan’ (anak-beranak)…sebab orang (calon) itu bersama dengan kita (PAS), layak dan boleh menang,” ujarnya mengulas pengumuman calon baru PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pusat Media PAS PRU13, di Pejabat PAS Terengganu, Taman Seri, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, PAS mempunyai ramai bakal-bakal calon bersifat demikian termasuk di kalangan 40 peratus merupakan muka baru.
Pada sidang media tersebut, beliau turut mengumumkan Pakatan Rakyat Terengganu akan mengistiharkan nama calon-calon yang bertanding pada pilihan raya 5 Mei depan.
Abdul Wahid berkata atas nama Pakatan Rakyat, pengistiharan calon-calon yang bertanding termasuk PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan diadakan bersama di satu pentas.
“Pada 18 April ini, hari Khamis malam Jumaat bermula dengan solat hajat dan kuliah maghrib akan dipimpin oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan satu acara ‘bai’ah’ diadakan bersama dengan semua calon-calon bertanding (PRU13).
“Atas nama Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan buat (pengumuman) sekali dengan rakan PKR yang bertanding, Insya’Allah,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau turut mengakui peranan golongan muda tidak boleh dipandang remeh kerana mereka terdiri dari kalangan intelektual, berpendidikan serta boleh membuat pilihan dengan baik.
Maka, katanya PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh meletakkan calon-calon parti yang bertanding secara sembarangan.
“Hakikat sekarang ini, pengundi ramai orang muda, mereka ini golongan intelektual dan dia boleh buat pilihan dengan baik. Jadi kita (PAS)…tidak boleh letak calon orang sembarangan.
“Mesti (calon) yang boleh diterima rakyat disemua peringkat masyarakat. Diterima oleh orang tua, orang muda, kaum muslimat (wanita) dan lelaki,” ujarnya di hadapan hampir 20 orang pengamal media tersebut.