Pesakit angin ahmar perlu bantuan
Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah ketika melawat Encik Alias Sidek yang mengidap penyakit angin ahmar di Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
TEPOH :Seorang pekerja sukarela memandikan jenazah di sekitar Kampung Wakaf Tengah hingga ke Gong Badak, Kuala Terengganu kini terlantar akibat serangan angina ahmar sejak lebih sebulan lalu.
Beliau ialah Encik Alias Sidek, 51, dari Kampung Pengkalan Maras dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, Kuala Nerus.
Menurutnya, akibat penyakit tersebut sebahagian tubuh sebelah kiri lumpuh serta gagal berfungsi dengan sempurna.
“Saya kerja mandikan ‘mayat’ (jenaazah) orang. Apabila keadaan saya sakit seperti ini tidak boleh lagi lakukan perkerjaan itu.
“Susah sikitlah, sebab kurang orang yang buat kerja sepenuh masa untuk mandi mayat orang mati,” ujar ketika ditemui di rumahnya.
Katanya, ekoran penyakit tersebut tidak dapat bekerja lagi untuk menyara hidup keluarga yang mempunyai 9 orang anak masih bersekolah.
Manakala, isterinya Puan binti Deraman, 43, pula mengidap penyakit Diabetes (kencing manis) yang agak membimbangkan.
Beliau baru sahaja keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum suaminya diserang angin ahmar setelah menerima rawatan akibat penyakit tersebut.
Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah menasihatkan ahli keluarga Alias agar bersabar dengan ujian Allah SWT.
Katanya, PAS kawasan akan membantu keluarga tersebut sekadar kemampuan serta mengharapkan bantuan orang ramai.
“Kita akan bantulah keluar Encik Alias ini sekadar yang termampu dan kita harap para dermawan dan orang ramai boleh membantu untuk meringankan beban keluarga ini,” ujarnya ketika ditemui melawat Alias.
Menurutnya, semasa sihat Encik Alias mempunyai sumbangan besar dalam kerja sukarela memandikan jenazah masyarakat setempat.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menghubungi Ustaz Abu Bakar Abdullah ditalian 019-957 0009.