US, UK KE ARAH MENGHARAMKAN TIK TOK
SIGNIFIKAN PERINTAH WAL YATALATTOF DARI SURAH AL-KAHFI
Antara berita yang sedang hangat diperbahaskan dalam dunia bisnes hari ini adalah mengenai pengharaman Tik Tok, sebuah aplikasi yang menjadi kegilaan gen Z/millennial hari ini. US, UK dan beberapa negara sedang berkira-kira ingin menyekat akses aplikasi terbabit. India yang menjadi pasaran luar negara terbesar Tik Tok telahpun berbuat demikian.
Ianya berpunca daripada tuduhan syarikat yang berpangkalan di China itu mendedahkan maklumat penggunanya kepada kerajaan China dan beberapa tuduhan lain berkait keselamatan data (data security).
Namun mendapat tentangan hebat warga Tik Tokers seluruh dunia yang berjumlah melebihi 800 juta pengguna. Mereka berpiket di banyak tempat membantah cadangan kerajaan masing-masing. Atas nama hak asasi, mereka menolak sikap kerajaan yang pebih sudu dari kuah sedangkan rata-rata pengguna tidak kisahpun maklumat mereka dimanipulasikan.
Ada yang berpandangan pengharaman ini lebih bersifat politik semata-mata. Ini kerana Tik Tok dijangka menjadi platform yang bakal memberi saingan sengit kepada Youtube dan Facebook. Disamping itu barat tidak mahu pesaing mereka iaitu China memiliki maklumat melebihi apa yang mereka ada.
Apapun perbahasannnya, umat Islam perlu peka soal keselamatan data ini. Samada data kita terdedah kepada pro-US mahupun China, ia tetap bukan daripada pihak Islam sendiri. Samada perang secara tradisional, konvensional mahupun perang moden hari ini, semuanya berkisar mengenai maklumat dan data. Siapa yang tahu tentang kita, pasti akan memenangi kita.
Di samping kita galak mendekati anak muda yang membentuk dunia tersendiri di arena Tik Tok, perlu ada usaha memberi kesedaran tentang bahaya perkongsian maklumat tanpa batas di alam maya. Bukan Tik Tok sahaja, Facebook, Instagram, Whatsapp sama sahaja.
Apa yang lebih penting, perlu ada usaha membangunkan sendiri rangkaian sistem media sosial untuk yang dikelolakan oleh umat Islam sebagai alternatif kepada platform sedia ada. Ianya bukan sahaja lebih menjamin keselamatan data, bahkan turut boleh mengawal content supaya lebih mesra syariah.
Dari sudut pasaran, umat Islam tidak perlu risau. Jumlah umat Islam seluruh dunia sudah melebihi 1.8 billion atau 25% populasi dunia. Jika negara OIC berpadu menyekat aplikasi-aplikasi luar dan menawarkan alternatif seperti yang China, Rusia dan beberapa negara lain lakukan, pasti akan berjaya.
Tuhan telah menegur tentang soal keselamatan data ini melalui kisah Ashabul Kahfi. Ayat 19 dan 20 surah al-Kahfi merekodkan dialog pemuda yang meminta supaya berhati-hati agar maklumat persembunyian mereka tidak terdedah.
Perkataan وليتلطف bermaksud berwaspada adalah perkataan yang betul-betul berada di tengah-tengah al-Quran. Oleh kerana susunan ayat al-Quran bersifat tauqifi, pastinya kedudukan perkataan tersebut signifikan untuk dikaji.
Namun, itulah akhir zaman. Manusia terlalu bermudah dengan maklumat. Umat Islam hilang waspada sehingga aktiviti gerakan Islam yang bersifat سر التنظيم وعلانية الدعوة (kerahsiaan gerakan dan penghebahan dakwah) dilaporkan segalanga di media sosial. Musuh tidak perlu lagi hantar pengintip, cukup sekadar stalk di wall dan timeline abnaul harakah.
Patutlah al-Kahfi dikenali sebagai surah akhir zaman.
Selain soal keselamatan siber, ayat 19 juga menyentuh isu yang juga semakin kritikal hari ini; wang dan matawang. Tapi ini bukanlah ruang untuk membahaskannya.
Menerusi buku Di Bawah Naungan al-Kahfi, saya dedikasikan tajuk khas mengenai dua perkara yanv menjadi fenomena pada hari ini di bawah tajuk DARI PETRODOLLAR KE MATAWANG CRYPTO dan BIG DATA DAN IOT MUSUH KERAHSIAAN.
Kepada yang berminat mendapatkannya, bolehlah ke link berikut:
https://shopee.com.my/product/136494605/4039806443?v=049&smtt=0.0.3
(Alang Ibn Shukrimun)
15 Zulhijjah 1441
5 Ogos 2020